Tiada kesenangan tanpa kesusahan

Assalamualaikum 
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim

Senyuman dalam tangisan . Senyuman dalam ketakutan . Senyuman dalam kegelisahan . Senyuman dalam kemurungan . Senyuman disebalik seribu pengertian ..........

What can i explain how i feel for whole last semester . Tetapi sesungguhnya Allah telah menyatakan dalam surah Al-baqarah: 286 , Firman Allah لا يكلف الله نفساً إلا وسعها , bahawa Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya . Ya Allah . Permudahkan urusanku . Benda yang paling takut untuk semester lepas . Lost all my confident .  Hanya bertawakal dan berserah . I put all my effort there . Semester paling mencabar, paling gila dan paling stress . Tiada kesenangan tanpa kesusahan . Allah tidak akan memberati hambaNya di luar kemampuan . You can do it mieza . Fuhh . Ayat-ayat yang sentiasa cuba dipositifkan dalam diri sepanjang 5 bulan . Dengan berbekalkan 21 jam kredit + final year project . Membuatkan aku gila sebentar . Itu yang aku rasa untuk habiskan semester lepas dan yang paling takut untuk dapat result with one of my subject . Subject yang pernah menjadi satu kenangan untuk mengundur diri in diploma in statistic . CS111 . tetapi bila dihantui dengan subject statistic all my mind already in there .  Alhamdulillah . unexpected . i don't  repeat the same failure . It wont be happen and syukur i pass . 

"Cukuplah hanya Allah sahaja bagiku, tiada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepadaNya sahaja aku bertawakal. Tuhan yang memiliki kerajaan dan singgahsana yang maha Agong."





post entry yang membuatkan aku tertarik dan terfikir sejenak oleh saudara Amirul

Aku memikirkan penat lelah hampir 4 tahun . Apa yang aku rancangkan selepas SPM berbeza dengan apa yang aku lalui sekarang . Apa yang aku minat terkubur . Apa yang aku inginkan lenyap . Kadangkala hati memberontak . hati berkata-kata tetapi masa ke semasa aku realize apa yang kita rancang tidak semestinya kita miliki atau kita perolehi . Hati selalu terdetik why they do something that i like . why i can't . why and why and why . Ayat yang ada dalam post saudara Amirul membuatkan aku terfikir Allah menetapkan sesuatu yang lain untuk aku . Mungkin aku tidak dapat meneruskan apa yang aku inginkan tetapi aku dapat meneruskan kepada sesuatu yang lain dan Alhamdulillah pelbagai peluang yang aku perolehi . Aku merancang tetapi Allah yang menentukan .

“Allah tak beri apa yang kita inginkan, tetapi Allah beri apa yang terbaik buat diri kita”.

"Allah beri apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahukan"


Allah adalah sebaik-baik perancang

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54

ALLAH berfirman dalam al-Quran “ Dan Mereka Merancang(tipu daya), Allah juga merancang(membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”. 

Sesungguhnya kita makhluk Allah yang sangat lemah . Allah mengetahui apa yang berlaku dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Kita mengeluh dan kadangkala membuatkan kita berputus asa . ALLAH mengetahui apa yang terbaik buat kita semua,mungkin dengan apa yang lalui itu bukan jalan yang terbaik, maka ALLAH sediakan jalan yang lebih baik dari apa yang kita hajatkan, !!ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG!!!

Jangan lah sesekali kita menyalahkan takdir…

Mungkin kita tidak mendapat tawaran kerja di tempat yang kita minta ALLAH gantikan dengan KERJA YANG LEBIH BAGUS….

Mungkin kita tidak mendapat universiti yang kita minta ALLAH gantikan dengan UNIVERSITI YANG LEBIH BAGUS

Mungkin kita tidak mendapat bantuan ketika waktu belajar ALLAH gantikan dengan rezeki yang melimpah ruah…

Ingatlah !!ALLAH sebaik-baik perancang!!Setiap manusia akan di uji dan terus di uji dan yang menentukan kita adalah TAQWA kita pada ALLAH dalam ujian tersebut dan pandulah ujian itu dengan panduan yang di redhoi ALLAH…

Comments

Popular posts from this blog

7 JENIS WANITA YANG TIDAK BERSYUKUR.....

Antara cinta dan jodoh

Kebaikan dibalas kejahatan dan sebaliknya