Posts

Showing posts from February, 2012

Antara cinta dan jodoh

Image
siapakah cinta kita dan adakah ia sememangnya jodoh kita ? Nukilan seorang sahabat membuatkan aku berfikir adakah kita bercinta sekali, kekal hingga ke akhir? Adakah kita terpaksa merasai / merentangi liku2 sesebuah hubungan? Adakah kita dipertemukan jodoh oleh kedua orang tua kita? ataupun dipertemukan jodoh kita di sana . Wallahualam .. Semua nya adalah Cinta dan Jodoh [ada antara kita yang berkahwin lewat, ada yang berkahwin tanpa mengenali pasangan, ada yang bertukar-tukar pasangan tetapi masih belum berkahwin, ada yang berkahwin 4, ada yang meninggal sebelum sempat berkahwin(Allah menemukan jodoh mereka disana)] 1) -Berkawan sejak sekolah, dekat sekolah mereka lah 'sweet couple' or pegang title 'couple of the year' setiap tahun dan hubungan kekal sehingga melanjutkan pelajaran ke universiti, seterusnya ke alam pekerjaan dan akhirnya ke jinjang pelamin .. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan jodoh mereka. So Sweet :: Semua orang kalau boleh nak macam ini. Betul

Doa buat sahabat-sahabatku

Image
Ya Allah ... Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat..... Ya Muhaimin ... Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu .. Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu. Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah ... Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu.. Jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu. Ya Allah ... kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu da