Trip ke Vietnam: Part 2
Assalamualaikum
Jom sambung part 2. hihi. Lama betul baru nak update kan. Bukan malas, tapi tak ada masa. Apa aku nak share untuk part 2 ni ye. Banyak sangat nak share, gambar pun banyak sangat sampai tak tahu mana satu.

Peta overall Vietnam.
Hanoi terletak di utara vietnam dah dekat dengan China. Apa yang menariknya, Hanoi mengalami 4 musim(10c-30c): dingin (Dec-Mar), semi (Apr-May), panas (Jun-Sep), dan gugur (Oct-Nov) cumanya musim sejuknya tidak bersalji dan masa kami pergi dah bulan 11, dah nak dekat mula musim dingin. Masa minggu kedua baru terasa angin/dingin semacam. Baju tebal pun still terasa sejuk dia. Patut lah, kami agak pelik mula2, kenapa la banyak kedai yang jual baju sejuk bulu2 tu hihi. Baru tahu diorang nak musim sejuk dah. kalau tunggu sikit lagi merasa la suhu 10'C tu. Bagi aku nak dibandingkan dengan Saigon, HCM memang la Hanoi ini sedikit mundur cuma nya bagi aku sangat menarik berada di Hanoi. Kami belajar banyak benda, kebanyakkan bangunan mempunyai simbolik bersejarah. Tempat bersejarah, cabaran bahasa, dan orang2 Hanoi yang sangat peramah. Kalau di Saigon, orang kata kebanyakkan diorang tahu berbahasa melayu,makanan halal pun senang nak cari. Dont know, nanti pergi sana pulak. Insyallah. Sedikit info yang bakal membantu korang
http://www.vietnamonline.com/destination.html
http://www.vietnam-beauty.com/
http://www.vietnamonline.com/destination.html
http://www.vietnam-beauty.com/
Mari kita sambung bercerita la:
Hari pertama-ketiga kami jalan area dekat2 jer. SO BORED, at last kami decide kena berusaha jugak cari tempat2 menarik. Ini kes sebelum datang tak buat preparation, main redah je. Nasib baik bawak laptop senang sikit berinteraksi dengan incikk google. Lepas je kelas berusaha jugak cari kedai buku nak beli map. Jumpa je peta, dari petang-malam-pagi duk mengadap peta, incikk google pencarian tempat menarik untuk dilawati, tempat makan, town, hotel, souvenier (jumpa je tempat tengok kat map jauh ke tak). pengembaraan pun bermula.
Map + incikk google
Perancangan demi perancangan makanya, Pengembaraan pun bermula :)
Manakah destinasi yang akan kami tuju ??
Ok. cari dan cari. Kami terjumpa banyak sangat info:
Hanoi – the antique & dynamic capital of Vietnam
Ho Chi Minh complex, the heart of Vietnamese people
Ho Hoan Kiem (Ho Guom) - Lake of the Restored Sword
Temple of Literature (Van Mieu-Quoc Tu Giam)
Tran Quoc Pagoda
One-Pillar Pagoda (Chùa Một Cột)
Hanoi’s Old Quarter
Bat Trang Ceramic Village
Van Phuc Silk Village
Vietnam Ethnology Museum
Vietnam Military History Museum
Bao Son Paradise
Duong Lam ancient village
Dong Xuan Market, a busy trade center in Hanoi
Hanoi – the antique & dynamic capital of Vietnam
Ho Chi Minh complex, the heart of Vietnamese people
Ho Hoan Kiem (Ho Guom) - Lake of the Restored Sword
Temple of Literature (Van Mieu-Quoc Tu Giam)
Tran Quoc Pagoda
One-Pillar Pagoda (Chùa Một Cột)
Hanoi’s Old Quarter
Bat Trang Ceramic Village
Van Phuc Silk Village
Vietnam Ethnology Museum
Vietnam Military History Museum
Bao Son Paradise
Duong Lam ancient village
Dong Xuan Market, a busy trade center in Hanoi
* Yang di highlight tu antara tempat yang sempat aku pergi dan ada beberapa lagi yang takde dalam senarai
Ini tempat pertama kami pergi.
Pilihan Bat Trang Ceramic Village, Van Phuc Silk Village, ada beberapa village warisan lagi. Tapi bila tengok peta rupanya Van Phuc Village Silk dekat je dari tempat kami. Wahh. excited nak pergi. Esoknya, berpandukan peta dan berbekalkan duit 5000 dong=rm0.70(sekali naik kemana2). uisshh. lagi murah gila naik bas. Tunggu dekat busstop depan universiti, kami tunjuk peta dekat orang yang tengah tunggu bas (seperti biasa mereka tak paham). Hanya mampu tunjuk je dan menggunakan bahasa isyarat. Fuhh. Sabar jela. Dalam bas pun sama, tunjuk jela.
Muka excited kau. haha. Setelah penat menjelajah. Bas turun kat jalan besar luar je. Kena jalan kaki la apa lagi. Memang kurus aku duk Hanoi ni.
Antara barangan yang ada. Cantik kan?? Kami pun pergi kawasan pembuatan dia tapi takda rezeki masa pun letrik terputus tapi sempat la amik gambar mesin, tu gambar atas sebelah kanan mesin dia. Classic sangat.

Gambar kat atas antara ragam-ragam kami dan tempat yang kami kunjungi di Van Phuc village. Penat jugak la. Fuhh. Bercakap dengan diorang, sama jugak tak paham. Tunjuk kalkulator jela. Peneman kami yang setia kamus+kalkulator+note book. Kalau takda memang pengsan la nak berinteraksi.
Penat berjalan . Gi kelas pulak . Jom .........
Kelas Vietnamese Language, masa ini jalan dah paham2 sikit la apa diorang cakap :)
Dalam berbahasa Vietnam terdapat lebih kurang 9 nada/lebih (ada persamaan sikit la dengan bahasa mandarin) penggunaan simbol nada dan cara sebutan sangat penting dan sekiranya satu kesalahan kecil akn membawa maksud yang berlainan. Masa aku belajar berapa kali kena ulang.
Viatnamese Language : tieng viet
xin chao / chao em/chi/anh - Hello
Chào buổi sáng - selamat pagi
Chào buoi tối - selamat malam
giam - diskaun
bao nhiêu - Berapakah?
gì - Apakah?
mà - Manakah?
Em ten la gi - apa nama awak
Em ten la Syamieza - Nama saya Syamieza
Em ten la nguoc nuc nao - Awak berasal dari mana?
Em ten la nguoc nuc Malaysia - Saya berasal dari malaysia .
Chào co - Hai cikgu
Chào em - Hai
*Em tu untuk ganti nama perempuan yang lebih kurng 20an (banyak sangat ganti nama dia)
Em (perempuan)/chi(lelaki) - Muda
co - Cikgu
Angka - số:
một - Satu
hai - Dua
ba - Tiga
bốn - Empat
năm -Lima
sáu - Enam
bảy - Tujuh
tám - Lapan
chín - Sembilan
mười - Sepuluh
mười một / hai / ba - sebelas, dua belas, tiga belas ...........
*** toi thick vietnam nhong toi yue malaysia- Saya suka vietnam tetapi saya sayang Malaysia
Cerita 1 tempat dulu la ye . Stay tuned . Backpakers part . More to share :)
End of Part 2
pengalaman itu indah untuk dikenang . Aminn .
create a thousand experience to become a thousand memory :)
Comments
Post a Comment