Keyakinan hati
Keyakinan hati
"Nikita willy"
"Nikita willy"
sebuah lagu yang memberikan pengertian bermakna
Perlukah wujud sebuah keyakinan didalam hati??
apakah dan dimanakah perlu diletakkan keyakinan itu.....
Lirik:-
Aku hanyalah orang biasa
Punya perasaan yang lemah
Menghadapi pahit hidupku
Seperti puing yang berserakan
Batu berdiri kokoh
Seperti batu karang
Badai datang takkan menggoyahkan
Karena Kau besertaku (besertaku)
Reff:
Ya Tuhan tolonglah aku
Ampunilah aku
Ya Tuhan tolonglah aku
Kuatkanlah aku
Biar semua menghancurkan aku
Tapi aku tak akan takut
Biar semua membenci diriku
Tapi Engkau ‘kan memihakku
Back to Reff
Biar semua menghancurkan aku
Tapi aku tak akan takut
Biar semua membenci diriku
Tapi Engkau ‘kan memihakku
:: Keyakinan adalah suatu sikap yang ditunjukkan oleh manusia saat ia merasa cukup tahu dan menyimpulkan bahawa dirinya telah mencapai kebenaran.
andai kita berasa cukup yakin dengan sesuatu maka keyakinan itulah yang bakal menjadi pendorong kita. Lirik lagu ini menggambarkan keyakinan hati bahawa wujudnya Pencipta yang sentiasa ada walau dimana sahaja kita berada
kita hanyalah manusia biasa, insan yang lemah yang punya perasaan
namun apa yang belaku, badai yang menimpa / datang takkan menggoyahkan kerana percaya bahawa Allah yang maha esa sentiasa ada (besertaku)
"Badai datang takkan menggoyahkan..Karena Kau besertaku (besertaku)"
"Biar semua menghancurkan aku...Tapi aku tak akan takut"
"Biar semua membenci diriku...Tapi Engkau ‘kan memihakku"
Ingatlah, tiada apa yang akan berlaku kepada kita, kecuali apa yang telah ditetapkan Allah ke atas kita. Allah mempunyai pengetahuan ke atas semua perkara yang berlaku. Kesemuanya sudah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. Setiap apa yang berlaku adalah berdasarkan takdir seseorang. Seseorang yang bangkit pada waktu pagi memulakan hari barunya tidak pernah tahu apa yang menunggunya pada hari tersebut. Walaupun dia mungkin merancang dengan teliti rancangan pada hari itu, ia tidak pernah berlaku seperti apa yang dirancangkan. Tambahan pula, dia mungkin akan berhadapan dengan situasi yang tidak disangkakan. Dikelilingi dengan pelbagai kebarangkalian yang tidak pasti, seseorang hanya boleh merasa lega dengan menyedari bahawa setiap perkara yang dihadapinya telah ditakdirkan oleh Allah khas untuknya, percaya kepada Allah, dan akur pada takdir-Nya. Allah mengetahui tentang rancangan yang kita belum merancang dan segalanya berlaku dibawah kuasa-Nya. Berdasarkan cara yang sama, perkara-perkara yang kita rancang juga adalah dibawah kuasanya.
Sesungguhnya, tiada tempat atau saat diatas muka bumi ini yang tidak bergantung kepada Allaah. Tiada satu pun yang bebas daripada kuasa Allah.
Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal." (Surah at-Tawba: 51)
Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal." (Surah at-Tawba: 51)
Pencipta itu adalah Allah, Tuhan Sekalian Alam.
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya. (Surah Qaf: 16)
Allah mengetahui perkara tersembunyi, termasuk segala rahsia dan perkara yang tidak terfikir oleh manusia. Allah, Dia Maha Mengetahui tentang manusia dari semua sudut, sentiasa bersama kita tidak kira di mana kita berada atau apa yang sedang kita lakukan.
Comments
Post a Comment