4 perkara


" Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan ( dan beramah mesra antara satu dengan yang lain ). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya ( akan keadaan dan amalan kamu ). "
Q.S Al-Hujuraat : 13

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

" Oleh kerana itu carilah wanita yang mempunyai agama ( kerana kalau tidak ) binasalah dua tanganmu. " HR Bukhari dan Muslim Hadith ini tidak hanya merujuk kepada pihak lelaki, tetapi juga untuk wanita yang memilih calon suami. Kerana Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam tidak merumuskan bentuk tertentu dari kata binasa, maka berkemungkinan besar yang dimaksud adalah penderitaan batin kerana situasi ketegangan yang terjadi akibat salah memilih pendamping.


" Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan ( perempuan-perempuan yang berikut ):

Ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara susuan kamu dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka ( isteri kamu ) itu ( dan kamu telahpun menceraikan mereka ), maka tiadalah salah kamu ( berkahwin dengannya ) dan ( haram juga kamu berkahwin dengan ) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali ( untuk menjadi isteri-isteri kamu ), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " Q.S An-Nisaa' : 23

" Dan ( diharamkan juga kamu berkahwin dengan ) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki.(Haramnya segala yang tersebut itu ) ialah suatu ketetapan hukum Allah ( yang diwajibkan ) atas kamu dan ( sebaliknya ) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari ( isteri ) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia menjadi isteri kamu ), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya ( dengan sempurna ), sebagai suatu ketetapan ( yang diwajibkan oleh Allah ) dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu ( suami isteri ), sesudah ditetapkan mas kahwin itu ( tentang cara dan kadar pembayarannya ). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. "

Hikmah dilarangnya pernikahan semahram ( saudara kandung / terdekat ), ditinjau dari segi genetik, akan menyebabkan kelemahan dan kerosakan pada pertumbuhan fisikal dan mental dari anak yang dilahirkan, bahkan pada beberapa fakta menyatakan ianya menyebabkan kecacatan. Perkara ini tentu akan kelihatan tidak baik untuk kesinambungan generasi yang akan datang Islam juga menetapkan perkahwinan harus dilakukan oleh wanita dan lelaki, tidak diperbolehkan menikah sesama jenis.


Hikmah Tidak Membolehkan Pernikahan Sesama Jenis Adalah :

1. Mencegah manusia berbuat zalim terhadap diri sendiri dan ciptaan Allah. Allah telah menciptakan wanita untuk berpasangan dengan lelaki, dimana perkara ini juga dimaksudkan untuk memperolehi keturunan. Jika pernikahan dilakukan dengan sesama jenis, maka kudrat Allah untuk mengembangbiakkan manusia dilanggar oleh manusia itu sendiri. Perkara ini tentunya akan mengakibatkan manusia tidak dapat menciptakan generasi berikutnya.

2. Mencegah gangguan jiwa. Kecenderungan terhadap sesama jenis merupakan kelainan jiwa yang membuat manusia tergelincir dari kudrat yang telah digariskan Allah.



Doa “ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Comments

Popular posts from this blog

Antara cinta dan jodoh

7 JENIS WANITA YANG TIDAK BERSYUKUR.....

Kebaikan dibalas kejahatan dan sebaliknya