Telemovie Hatiku Di Kinabalu
HATIKU DI KINABALU (ASTRO CITRA)
Pelakon: Zul Arrifin, Yana Shamsuddin, Irma Hasmie
SINOPSIS:
Hatiku Di Kinabalu mengisahkan Anuar (Zul) dan Qistina (Yana) hangat bercinta ketika di zaman kolej dan kemudiannya berkahwin. Malangnya, Qistina jatuh koma akibat kecederaan serius selepas diragut. Anuar setia menjaga Qistina yang terlantar di hospital dan pada masa yang sama, dia juga menjaga anak perempuannya, Maya.
Keadaan menjadi rumit selepas Anuar mengahwini Lara selepas dipujuk oleh ibu bapa Qistina. Kehidupan mereka diteruskan seperti biasa dan mereka terus menjaga Qistina yang masih terlantar di hospital.
Konflik sampai ke kemuncaknya apabila Qistina yang terlantar koma selama 10 tahun akhirnya tersedar. pada masa sama, Maya tidak boleh menerima ibu kandung yang selama ini hanya dilihat hanya kaku di atas katil hospital.
sepotong ayat yang menarik perhatian aku:
Dengan sekelip mata terlerai semua ketentuan masa
Bukan minta berlakunya semua kejadian tetapi takdir yang menentukan
kasih seorang ibu yang tidak melihat dan membesarkan anaknya didepan mata dan anaknya tidak menerima ibu kandungnya sendiri
takdir......
kehilangan anak dan suami sekelip mata, bila tersedar dari koma, ingatkan dia adalah wanita yang paling bahagia namun bila mendapat tahu kenyataan suami telah berkahwin lain, anak tidak menerima ibu kandungnya sendiri...
betapa hancur dan berkecainya hati seorang isteri dan ibu
takdir menyelamatkannya dari koma tetapi takdir lain yang menguji dirinya
janji seorang suami ketika mendaki gunung kinabalu
apa-apa yang berlaku, abang sanggup menunggu
suami yang berjanji engkau cinta pertama dan terakhir
tetapi ia berubah
semua ketentuan masa
membuka mata:: andai setiap ujian yang berlaku, aku sentiasa memohon biarlah aku mampu menanggungnya..setiap ujian yang Allah turunkan, setimpal dengan kemampuan hambanya. Allah tidak pernah menyukarkan hambanya.
Tinggi-tinggi gunung kinabalu ,
Tinggi lagi sayang sama kamu ..
Biru-biru hujung kinabalu ..
Tengok dari jauh hati saya rindu ..
Comments
Post a Comment