Kisah 2011:: Pemergian Mereka..Kami bakal menyusul..

Assalamualaikum..

pemergian mereka buat selama-lamanya...

ALLAHYARHAM MUHAMMAD FAIQ MOHAMAD NAZARI &
ALLAHYARHAM AMREY ALAUI...


(mereka adalah seorang abang dan sahabat yang sangat baik...)
semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang berimann..


AL-FATIHAH...


ALLAHYARHAM MUHAMMAD FAIQ MOHAMAD NAZARI

Aku mula mengenali arwah since aku form 3(2005) yang merupakan abang angkat kakak aku dan sahabat kepada ex pakwe aku
Arwah seorang abang yang sangat memahami, seorang yang sangat mementingkan persahabatan, seorang yang sangat menghormati wanita, seorang anak yang sangat baik dan hormat orang tua..
"he is perfect.."

Aku tak kan lupa semua nasihat arwah..sokongan dia waktu aku ade masalah..
terngiang-ngiang lagi apa yang arwah pernah cakap kat aku,nasihat aku..
insyallah paiq,,aku akan sentiasa ingat pesan kau..
antara arwah pesan kat aku masa aku dah break..
"mieza, kau kalau ada apa-apa masalah bagitahu aku"
Ya allah, masa tu tuhan jela yang tahu tersentuhnye hati aku..kami kenal dalam satu group ex aku yang besar..tapi yang lain mana cuma dia je yang rajin amik tau psl aku..walaupun kita dah jarang jumpa lepas aku ngn ex pututs tapi ko still amik tau bile aku ada masalah..
aku sangat menghormati ko......
seorang abang yang sangat caring..

One day,, arwah call aku..dia tanya 30hb Oct kau free tak?? mintak aku jadi pengapit..banyak kali aku tolak..akhirnya aku pikir tak pela..aku on..die kata dia sponsor baju..ok la, sebelum majlis kitaorng ramai2 pegi kl cari kain nak buat baju..arwah suruh ktrng pkai warna putih..tapi aku kata tenggelam la kalau ktorg pkai warna yang sama dengan pengantin. At last, kami choose warna kelabu. and then teman dia beli hantaran ada lagi yg xckup..muka dia bahagia. Last day jalan dengan arwah sebelum bergelar seorang suami.


terima kasih arwah, kau pergi dengan tinggalkan kenangan untuk aku..

wedding putrajaya
(30 october 2010)




(kami semua anggap arwah sebagai abang)
kenangan terakhir yang arwah tinggalkan untuk aku....
Terima kasih PAIQ....

12 feb 2011(sabtu): Hari tu aku ada koko kat UPM..
Jam 11.30-12pm:: aku baru habis koko..masa otw balik, aku dapat panggilan dari kakak aku bagitahu.."angah,paiq da xde.." hah..aku tanya balik..memang aku tak percaya.dengan blur2.aku tanya balik sapa yang takde..lepas letak telefon baru aku tersedar..arwah da takde.
tinggalkan kami buat selama-lamanya..ak huru-hara time tu..aku pecut masuk putra..aku call member aku(atyn)..bagitahu arwah takde..kami bergegas ke hospital putrajaya.daripada cerita diorang, arwah accident dengan lori yang dia bawak sendiri.
Ya allah, time tu aku tak dapat bayangkan..sangat mengerikan.. kitaorng tunggu sampai ke akhir, masa arwah dimandikan..sorang2 sahabat arwah masuk dan keluar dengan tangisan..aku tak sanggup tengok muka diorang..dari pintu, aku nampak muka member aku tangah mandikan arwah...apis, kau sangat tabah.kau menangis..kau kata "ni semua salah kau............" tak,ini semua takdir..kitaorang hanya mampu untuk tenangkan diri masing2..
setelah selesai dikapankan, kami dibenarkan masuk untuk melihat arwah ..
selangkah..dua langkah..tiga langkah..kaki aku kaku..
tapi aku cuba jugak untuk tengok..akhirnye....airmata aku jatuh..ye,, betul arwah....ak nampak muka arwah sikit..aku keluar,,mmg aku tak sanggup tengok..
ya allah..biarlah kenangan arwah dalam keadaan baik tinggal dalam pikiran aku..bukan dalam keadaan dia lepas kemalangan. selepas solat jenazah..arwah akan dibawa ke rumah nenek arwah dan dikebumikan disana..van jenazah bergerak,aku hanya redha tengok pemergiaan arwah untuk selama-lamanya...masing-masing tidak dapat menahan sebak. Selamat tinggal sahabat dan abangku buat selama-lamanya
kawan-kawan aku ajak, diorg gerak sampai sana..kalau ikutkan aku nak ikut tapi esok uh ahad aku ade test..takpe la..cukup la aku hantar dengan pandangan je.. kami semua akan menyusul kau jugak satu hari nanti..selamat tinggal buat selama-lamanya..

:: mak aku jumpe mak arwah beberapa minggu selepas arwah pergi. mak aku cakap mak arwah kurus sangat. Yela anak harapan, anak yang sangat baik, anak yang sentiasa tanya dan ambil berat psl keluarga, tempat bergantung harapan da takde. Pastu mak die ckp, "saya da cakap jangan pilih tema kahwin warna putih tapi dia degil sangat masa tu. Dia nak jugak warna putih tapi kita tak perasan time uh". Ya allah masa aku dengar mak aku cerita, baru aku perasan aku tanya arwah pasal nak beli baju pengapit, ni pengapit nak pakai baju warna apa? Arwah ckp wrne putih la. Aku jawab, "paiq,takkan la kami pun pakai baju putih, tenggelam. Decide2, finally aku dengan acap pkai baju kelabu." Macam mana la aku tak perasan.
Isteri arwah (kak midah) sangat tabah. Dugaan terbesar yang kak midah harungi..semoga sentiasa tabah dan kami sentiasa ada sekiranya akak perlukan pape.

al-fatihah. Semoga allah mencucuri rahmat keatas arwah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.aminn


ALLAHYARHAM AMREY ALAUI
AL-FATIHAH...

aku mengenali arwah masa aku keje kat plumcon..walaupun aku kenal arwah dalam masa yang singkat, tapi perangai dan cara layanan arwah..dia memang seorang abang san sahabat yang sangat baik...aku dapat gelaran "mun" daripada arwah..time uh tengah lepak-lepak kat opis die ckp ngn abg apis..muke die ni cm mun la..ak pgil ko mun la..melekat la trus nama uh..dia kuat menyakat & sangat happy go lucky.masa hari last day..aku sempat ikut arwah meronda ikut dia buat keje..die terangkan apa yang dia tengah buat..time uh baru la aku tau..owh..ni keje korang..hehe..lepas da berhenti..aku still contact dengan diorg..aku ade join diorang breakfast dekat tanah runtuh arwah ajak..n last skali aku teserempak dengan arwah masa kat alamanda..sempat jugaklah kami berborak lama..arwah still panggil ak "mun'...

Pemergian arwah:: aku tak sangka seorang lagi sahabat aku pergi disebabkan accident jugak..kak teh call kata arwah kt hospital putrajaya..arwah meninggal kt tempat kejadian.accident kt p11..moto langgar lori..subbahanallah..kenapa kejadian yang hampir sama berlaku lagi..aku xdapat pegi hospital hari arwah meninggal..aku hanya mampu doakan arwah dari jauh...
:: arwah sangat rajin komen gambar aku kt fb..smpai skng ak tengok page arwah..isteri n adik-adk arwah sentiasa post rindu kt arwah..arwah adalah anak sulung dan adik-adiknya perempuan sume..dan mempunyai seorang isteri tetapi belum ada anak..belum rezeki..arwah sangat rapat dan tunggak pada mereka semua..bila aku tengok setiap post diorg..sangat menyayat hati..diorang masih xdapat terima..ak doakan takziah untuk keluarga dan sentiasa redha dengan ketentuan ilahi..aminn..

Amrey Alaui ishhhh cun la budak nih....anak sapa la agaknya ekkkk
August 2, 2010 at 8:28pm · Like
Syamieza Anzmi hahaha....
ni puji lbh nie.....
anak pak cik anzmi...
August 4, 2010 at 10:23am · Like

Amrey Alaui ko ni cumil la moon...pic ko ada ni ha...amek candid ritu...nak tak??
May 23, 2010 at 1:45am · Like
Syamieza Anzmi nk2......tp edit la lg CUMIL.....=)
gmbr uh yg mne nth...xigt r...
May 23, 2010 at 1:46am · Like
Amrey Alaui gambar yg seksi tu la...yg ala2 nyet nyut nyot
May 23, 2010 at 1:53am · Like
Syamieza Anzmi hahaha...statemnt bkn2 die bg.huhu...
edit my pic au...
pic nie pn

May 23, 2010 at 2:51am · Like
Syamieza Anzmi arwah amrey alaui~semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..al-fatihah!!aminnnn....
February 21 at 2:02pm · Like


al-fatihah..semoga allah mencucuri rahmat keatas arwah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin..

Comments

Popular posts from this blog

Antara cinta dan jodoh

7 JENIS WANITA YANG TIDAK BERSYUKUR.....

Kebaikan dibalas kejahatan dan sebaliknya